Thursday, November 1, 2012

Tips : Permohonan pertukaran pinjaman PTPTN kepada biasiswa

Ok kepada mereka yang berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama bolehlah mohon untuk tukarkan pinjaman kepada biasiswa.

Ingat jangan anggap uoll dapat kelas pertama, PTPTN akan tukarkan secara automatik kepada biasiswa yer..Uoll WAJIB buat permohonan..Kalau tak, sampai bila-bila pun tak tukar jadi biasiswa.

Ada syarat-syarat yer;
  • uoll mestilah graduat dari mana-mana IPTA atau IPTS
  • uoll mestilah kelas pertama bagi ijazah sarjana muda 
    • jadi untuk diploma, master ke tak layak ye
  • uoll punya ijazah sarjana muda mestilah diiktiraf oleh MQA - yang ni boleh check dekat website MQA

Ok ni cara - caranya nak hantar permohonan;

1. SURAT RASMI

    Makesure uoll buat surat yang menyatakan kita memohon untuk menukarkan pinjaman kita  
    kepada biasiswa. Yerla takkan tetiba bagi borang sesaje kan. Adanya surat ni memudahkan pihak 
    PTPTN buat rekod. If kita nak call PTPTN untuk tanya apa-apa senang sebab surat kan ada tarikh. 
    Senang nak retrieve apa-apa.

2. BORANG AKUAN PELAJAR

    Borang ni boleh didownload dari website PTPTN.
    Klik sini atau pun boleh juga klik sini --> Borang Akuan
    Dah download silalah isi yer
    Dah lengkap, JANGAN LUPA SIGN!

3. SALINAN IJAZAH DAN TRANSKRIP

    Satu salinan Ijazah Sarjana Muda
    Satu salinan transkrip
    Kedua-duanya perlu disahkan oleh BAHAGIAN AKADEMIK di Universiti tempat anda belajar.
    Jangan pulak ketua kampung/ex-supervisor/dekan fakulti yang sahkan TAK BOLEH YER!Memang tak 
    boleh!

4. LAIN-LAIN

    Jika dalam ijazah anda tidak tertulis perkatan 'Kelas Pertama', perlu ke bahagian Akademik universiti 
    dan mohon surat yang menyatakan anda adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama.
    Tapi kalau memang dah tertulis didalam sijil tu tak perlu mohon surat yer.

    Kalau anda dari IPTS sertakan sekali sesalinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan   
    Malaysia (MQA).

5. HANTAR PERMOHONAN

    Boleh hantar by pos or by hand ke alamat

                                         BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KUTIPAN BALIK
PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL

LOT G2, TINGKAT BAWAH WISMA CHASE PERDANA,

OFF JALAN SEMANTAN,

DAMANSARA HEIGHTS,
50490 KUALA LUMPUR.
(u/p: Pn. Norzila binti Mohd Yaakob - Unit Penguatkuasaan dan Kutipan Balik)


Ok macam kes saya;
29 Jun 2012    - hantar surat permohonan ke PTPTN
Ogos 2012      - dapat surat dari PTPTN yang menyatakan dah terima surat saya dan permohonan  
                          akan di proses
Oktober 2012  - dapat surat persetujuan untuk tukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa.
    

So, uoll jangan lupa hantar yer! Semoga berjaya!

p/s : nak tahu macam mana nak mohon balik lebihan bayaran yang sudah dibayar kepada PTPTN?
Boleh klik sini



36 comments:

  1. mk tnya ,kelas pertama 3.75 ke 3.50 keatas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kelas pertama setiap universiti berbeza-beza..
      Semasa saya pergi ke pejabat PTPTN, pegawai tu ada tunjukkan senarai tu..
      Yang saya perasan UITM 3.5>
      UPSI (tempat saya belajar) 3.75>

      So better call PTPTN and tak pun tanye di bahagian akademik universiti.

      Delete
    2. azlee skandal, yeke...sy grad tahun 2009 mmg konfirm 3.75...tak tahula pulak sekarang 3.70 ke..ce tanya unit pengijazahan upsi.

      Delete
  2. ASSALAMUALAIKUM,

    nk tny, sy dari IPTS.. utk Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)tu, nak amik dari mane ye?boleh bg cara2 dia x?tq..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Ain,

      Bawah ni maklumat FAQ yang saya dapat dari website MQA,

      Q:
      Bagaimana untuk mendapatkan surat pengesahan daripada MQA berkenaan status akreditasi program pengajian dan kelayakan?

      A:
      Bagi tujuan mendapatkan pengesahan bertulis berkenaan status akreditasi program pengajian dan kelayakan, permohonan berserta dokumen seperti salinan sijil/skrol program pengajian perlu dikemukakan kepada pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) seperti di alamat berikut;


      Ketua Pegawai Eksekutif,
      Agensi Kelayakan Malaysia (MQA),
      Tingkat 14B, Menara PKNS-PJ,
      No. 17, Jalan Yong Shook Lin,
      46050 Petaling Jaya,
      SELANGOR DARUL EHSAN.
      (u.p.: Bahagian Koordinasi dan Rujukan Jaminan Kualiti)


      Hope dapat membantu

      Delete
  3. salam. tau tak tarikh tutup nye bile utk permohonan penukaran status ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam saudara/saudari,
      Ianya tiada tarikh tutup permohonan.seeloknya bila dah dapat je transkrip dan skrol ijazah terusla membuat permohonan. lagi lambat buat nanti lagi lambat proses nak dpt pengecualian.

      tapi kalau kes yang tandatangan perjanjian ptptn selepas julai 2005 dan graduat sebelum januari 2010 (ni kes yang ptptn tak bagi tukarkan kepada biasiswa pada awalnya) hendaklah membuat permohonan sebelum JUN 2013.

      Delete
  4. thanks bagi tips :) nk apply jugak..

    ReplyDelete
  5. kat mana nk moho borang tu..xde nk klik pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak klik kar perkataan sini tu..
      Kalau takde juga saya ada buat link lagi satu yang borang akuan..
      Ce try lagi sekali yer..

      Delete
  6. saya pelajar diploma UiTM.. cgpa 3.5 ke atas.. xdapat biasiswa dri PTPTN ke? :(

    ReplyDelete
  7. untuk diploma memang tak dapat waive ptptn..Master pun sama..hanya ijazah sarjana muda sahaja yang boleh dapat pengecualian jika dapat ijazah kelas pertama..

    ReplyDelete
  8. saya pelajar UKM mendapat ijazah kelas pertama iaitu 3.72. adakah saya layak memohon pengecualian bayaran. Adakah cgpa yang diperlukan oleh ptptn 3.75? hrp blh tlg jelaskn kekeliruan saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. CGPA kelas pertama bergantung kepada universiti..setiap uni berbeza-beza..kalau ukm tak silap 3.70 atau 3.67 kan..kalau awak dah dapat 3.72 tu for sure layak untuk waive ptptn..jgn lupa buat permohonan ye..good luck (^_^)

      Delete
  9. saya nak tanya kalau tamat IPTS on this years then bolehkah mohon "biasiswa " lagi tak? bila tamat tarikh mohon? dan apa itu Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan
    Malaysia (MQA)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa boleh.

      Sijil tu kena berhubung dengan MQA to make sure program ijazah yang awak ambil tu mendapat akreditasi dr MQA tak..boleh google MQA

      Delete
  10. Nak tanya. Result sy dah kuar 2hr lepas, so sy blh terus buat permohonan ke atau kena tgu lepas sy grad bln 5 ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh tahniah..biasanya tunggu semua dokumen dah lengkap baru PTPTN proses..ada baiknya tunggu awak konvo dan dapat skrol ijazah dan transkrip baru buat surat dan hantar ke PTPTN..

      Delete
  11. saya dapat 3.57 dari uitm ... di uitm 3.5 claim as first class degree ,boleh dapat pengecualian ke????,but ade kate 3.7 baru dapat pengecualian ,, kekeliruan ini boleh buat pelajar salah buat terget cgpa mereka...ke ade yg nak student tak apply pengecualian ptptn .... ermmmm :/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak dapatkan kepastian kena tanya bahagian akademik UiTM..insyaAllah mereka boleh terangkan dengan lebih baik..

      Delete
  12. skrg pon masih lagi dgn syarat ijazah kelas pertama saja ke? mmg diploma takde ke ?? Tq fr answering :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shazlia...so far saya tengok mmg masih ijazah pertama untuk degree..diploma tidak boleh waive ptptn walaupun pointer tinggi :-)

      Delete
  13. Salam Cik Nisa, saya nk tanya, ttg yang sign pengesahan mesti dari bahagian akedemik tu,minta tandatangan dari mana2 pensyarah uni dulu boleh ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam ain..tak boleh lecturer..memang kene pergi bahagian akademik yang uruskan pengijazahan...rasanya penolong pendaftar/ketua bahagian pengijazahan akademik saja boleh sahkan...lecturer punya sign tak valid.

      Delete
  14. Nak tanye, utk dpt klas pertama, adakah kene tamat dalam tempoh yg ditetapkan oleh pihak universiti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak Syakila, saya tak pasti pula kalau extend tu mcmana.. So far tgk syarat di PTPTN webpage takde pula dia nyatakan kene tamat dalam tempoh surat tawaran ke apa..Untuk kepastian boleh berhubung dengan PTPTN, mereka boleh pastikan camna..

      Delete
  15. Hi...nak tanya....transkrip akademik tu kena fotostat depan belakang ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika di belakang ada maklumat penting hendaklah di fotostat juga :-)

      Delete
  16. Hi saya nak tanya saya grad tahun 2009 dan tak mohon penukaran ke biasiswa. Boleh ke saya cuba buat rayuan kepada pihak ptptn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah boleh cuba..the better is pergi sendiri ke pejabat PTPTN daripada tulis surat ataupun emel.

      Delete
  17. Assalamualaikum puan..bagaimana kalu kita tersilap isi program dngn ptptn? Sy mndpt kelas pertama..Dan menghantar permohonan pengecualian tetapi ptptn mennyatakan program di skroll berbeza dengan perjanjian..sy tersilap isi pads tahun pertama di um..iaitu sarjana muda usuluddin) pegawai ptptn tidal menegur kesilapan ini sehinggalah sy grad barulah pegawai ini msnyatakan sy tersilap kos sepatutnya sarjana muda usuluddin ( dakwah & pembangunan insane) bukan srjana muda usuluddin sahaja..APA perlu saya lakukan? PTPTN hanya memberi tempoh sebulah untuk mengemukakan borang yang lengkap sekali lg..tetapi INI berkaitan sistem/ pengisian di tahun pertama di um..sy buntu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..Maaflah saya taktahu macamana nak tolong dengan masalah saudari ni..Rasanya yang boleh beri maklumat tepat hanya pihak PTPTN dan akademik universiti..Boleh tanya PTPTN dengan lebih detail macamana caranya ye..Harap supaya saudari dapat selesaikan perkara ini dengan mudah.Ameen

      Delete
  18. Salam akak. Saya baru tamat belajar tapi xgrad lagi. Degree uitm. Cgpa saya 3.52. Masih boleh apply ptptn ditukarkan jadi scholarship ke? Kalau x silap sy, first class degree uitm masih 3.5 kan? Sy cuma risau ptptn ade pindaaan or anything sejak2 ekonomi gawat ni kan haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam adik...Kalau nak tahu lebih lanjut kene tanya PTPTN..tapi so far takde pula dengar berita PTPTN mansuhkan waiving ni...Tanya cecepat tau..takut juga polisi berubah ubah..

      Delete